Snow:.: Flower

Hello!

Hello!Welcome to my simple triple blog. thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow :) !
Tagboard!




Big Claps

Template: Iwani Johana
Freebies:Atiqah
Editor:Farah Fee
Other: Lyssa Mr. Google
A day to remember
Assalamualaikum, hello there! sihat? I hope you guys are doing fine. I just wanna share my story that I will never forget. 
Last week, 18 May is my birthday.. First, nana nak mengucap syukur kepada Allah kerana masih beri nana peluang untuk terus hidup dekat dunia ni. Next, thanks to for those who are giving me a present especially nur'in yang sanggup tak tidur samapi pukul 2 pagi sebab lukis benda tu, Ya Allah! I really appreciate that. Sape yang bagi chocolate tu, emm thanks ya! macam nak bagi nana gemok je. hahaha. and kalau korang nak tau, chocolate tu nana tak makan lagi tau. hahaha. sayang punya pasal. teruk gila kan?
K cukup pasal benda tu.. ni nak carita pasal hari tu la.. Pagi sabtu, masa check dorm, nana ada dengar orang nyanyi lagi "happy birthday" nana ingat untuk sape tau.. skali dengar betul betul "happy birthday to nana, happy birthday to you" ya Allah masa tu memang tak tahan la sebak gila.. sumpah terharu. budak block C nyanyikan lagi birthday untuk nana. ni semua nuin punya kerja la ni. malu pun ada.. Then, lepas check dorn budak budak account semua kena gi dewan sebab nak kemas meja. Maklumlah nak examkann. Then lepas kemas kemas, cikgu ada bagi taklimat sikit. skali last last tu, cikgu cakap, 'sebelum kita bersurai,jom kita nyani lagu birthday untuk nana sebab harini birthday dia' k malu.. arhhh! hahahaha.
 Then, semua pun balik la. Masa otw nak balik hostel diaorang semua kerumun. pelik gila lah kan. then tetiba diaorang cakap cikgu panggil.. semua buat dono je. sakit gila hati. Then jalan balik gi hostel tetiba ada budak ni jalan kat sebelah baling bedak. Time tu memang tak aspek ape ape pun. ingatkan diaorang lupa birthday nana or tak tau skali.. amek kau haa.. bedak aku dapat. masuk mulut pulak tu. haiyoo... Nana bila dah kena bedak tu teruslah lari takut yang belakang ada baling lagi, skali, kat depan diaorang dah berkumpul halang jalan nana. how sad tak dapat lari.. you know what? diaorang pegi siram nana dengan air.. ya Allah! tak sangka pulak budak account macam ni. yang ion punya baik, dia pegi tarik nana bawakk kat lecak.. memang awesome gila! budak lelaki semua keluar dorm. 
Masuk blog dengan basah basah semua tengok. erghh! dah la dah mandi.. lepas tu kena mandi lagi. sedih gila.. Masa dah masuk bilik air tetiba si nuin panggil, keluar balik dengan basah basah, diaorang bawak nana kelua. Sekali kat tepi bas nuin keluar dengan bedak. ya Allah! kena lagi... yang si enot, ion, mama dengan bella punya pandai pegi siram nestum. ermmm.. sedap gila beb! yang paling kesian diaorang punya bedak semua abis. hahahhaa. padan muka baling lagikan.
Yang malam punya lagi best.. masa tu nana nak ulangkaji paper account, then nana bukak beg tetiba pencil case hilang. dah la malam tu kena denda. such a ....... ergh! lagilah stress kan.. then diaorang semua bagi barang diaorang. enot beriya cakap nana punya pencil case kat dorm. ok la layan. skali masa tengah syok syok buat ada dapat announcemt "perhatian kepada Nur Shahirah Firzanah, sila ke pejabat asrama dengan berpakaian koprat dan membawa sebatang pen" WHAT? STATEMENT? ! ape siak yang nana buat. enot pun bawak la gi pejabat. masa tu pakai baju kurung je. then sampai pejabat, cikgu huda menjerit kenapa tak pakai baju koprat.
Patah balik gi blok, salin baju koprat. Then pegi pejabat balik tetiba cikgu suruh kak qila amik kertas statement. Shit! what I've done! then cikgu cakap Nana kurang ajar masa dekat Persada and tengahari tu nana fly. and kalau benda tu betul, nana kena balik and tak boleh amik exam. bila sia nana fly!? erghh! oh ya! nana buat statement kat bilik mesyuarat kat pejabat asrama. masa tu yang ada enot sorang. dia punya bangang suruh nana mengaku pasal nana buat semua tu. aishh. dia ingat nana ni apa!? then bila dah siap, cikgu masuk dia cakap dia call ummi and kejap lagi ummi sampai. masa tu memang tak tahan gila terus keluar air mata. Then suddenly, dioarang masuk nyanyi lagi birthday dengan bawak cake dengan makan. Rupa-rupanya diaorang buat birthday.. Ya Allah time tu memang tak terkata la.. terharu sangat sangat. budak budak account buat surprise untuk nana. Seriously! tak sangka boleh! Ingatkan pagi tadi je diaorang sambut, sekali malam pun ada. wow! the best moment kena sapu cake dekat muka. terapi muka yang baru kan.. biasalah. huh.. 
Actually ada video tapi tak dapat lagilah. tak pe la lain kali nana masukkan eh? hehe. So, again, Thanks to account class sebab buat surprise! tak lupa juga kat cikgu huda yang sanggup kelua beli cake, buat tiramisu and goreng mee untuk kitaorang. huh! sedap beb! hahah. Nilah kenangan kat asrama yang takkan nana lupakan sampai bila bila :)
Last but not least, Forever, I love you all

 



new school new life



Assalamualaikum. haii! lama gila tak update kann. ghindu~al maklumlah budak duduk hostelkan sekarang ni. last update pasal last day dekat seta kan? so now, nana nak carita pasal dekat sekolah baru. 

Now I'm a college student. mwehehe. bukanlah kolej yang untuk budak dah abis sekolah tu. ni kolej biasa bisa je. cehh. haha. tak de la. now nana sekolah kat KV Perdagangan  JB. korang tau ke sekolah tu? tak famous mana pun. hehe.  sekolah tu biasa biasa je.

Since masuk perd, banyak masalah yang datang. makin stress jadinya. penat nak harungi semua ni. pegi sini orang kata tayang muka, pergi sana orang kata mencapub. apa yang diaorang nak pun tak taulah. haishh. kang dah kena maki sia sia je hidup selama ni buat kebaikan akhirnya dosa yang berlambak. Kalaulah diberi kesempatan untuk berjumpa dengan senor yang buat cerita semua ni memang dah lama jumpa. tapi disebabkan tak kenal kann. tu yang tak dapat nak jumpa.

Tolonglah sesiapa yang buat cerita pasal nana tu jumpa la nana. cakap depan depan. apa barang cakap belakang belakang. nampak sangat pengecut. tak takut dosa eh? dah cakap belakang belakang lepastu kecokan dekat semua orang yang nana ni tayang mukalah, cari maket la. bodoh tu namanya. kalaulah nana boleh lawan, dah lama nak lawan. tapi disebabkan korang tu senior tak jadilah nana nak lawan. kang cakap KURANG AJAR pulakkan?.. haihh

Pleaselah my dearest senior, kalau nak sound ke, cakap apa apa ke. gunalah cara yang baik, slowtalk la. .kalau nana ada buat salah cakaplah baik baik. tak perlu nak cakap belakang. you know what!? sakit tau hati bila tetiba dapat tau daripada senior sekolah lama yang nana ni buat macam macam dekat sana. haishh. dah buat cerita then mengadu dekat senior sekolah lama. apalahh. settle cara baik dah la.

I always respect you guys as my senior. and please! respect me as your junior. nana nak tu je. tak nak lebih pun. hmm. malas nak cakap lebih lebih. kang tak pasal pasal kena reject!

Ya Allah kalaulah boleh diundurkan balik masa, nana takkan pindah. nana stay je dekat seta. hmmm. I really miss smk seta :(






Last day being SETA's student
Assalamualaikum semua, k jumaat haritu 18/1 kan? hari jumaat. K hari tu last day nana jadi budak sekolah seta. hmmm. Sedih sangat sangat tinggalkan seta. I don't know why. Padahal selalu kot kutuk sekolah tu. hikhik. Actually sekolah tu ada banyak sangat memory k banyak sangat! pahit ada, manis ada, masam ada, masin pun ada. amboi kemain lagi. hahaha

Masa last week dekat seta, busy gila! everydat keluar masuk pejabat nak uruskan pasal sijil berhenti sekolah, buku koko, file semua sampai tak makan rehat. Ye la kann, nak keluar waktu kelas memang tak la kann. Nak belajar semua. So guna masa rehat je la.hmm. 

Masa hari isnin haritu cakap la dengan cikgu Rizal yang hari tu last nana sekolah seta.Cikgu terus terkejut then buat muka sedih. Everyday cikgu tanya "nana, betul ke kau pindah? alaa. ye la kan"  perhhh! sedih siaa! dengan cikgu buat muka lagi. perhh perhh! tak sampai hati nak tinggalkan seta siaa! ntah kenapa rasa sedih sangat sampai nangis nangis kat rumah. hahaha. Padahal selalu kutuk seta ni. hehe. Rasa lain gila bila nak pindah ni. Tak macam masa sekolah rendah dulu. Ni rasa macam pergi berjauhan dengan diaorang je. Padahal sekolah dekat je. Maybe sebab asrama kot.

Cikgu ghaz pun sedih bila kitaorang cakap kitaorang nak pindah. Hahaha. Pelik sungguh! Ingat lagi haritu kitaorang cakap kitaorang nak pindah, cikgu ghaz pergi belakang banggunan cakap nak menangis jap. Hahaha. Comel je cikgu, nak nangis pun bagitau. Tapi masa last week sekolah menang nampak sangatlah yang cikgu sedih even cikgu senyum, ketawa semua. Lagi lagi dalam gambar, memang tak boleh nak sorok lagi la kan. Memang nampak jelas sangat sangat!

Masa hari Rabu haritu, sebelum balik singgah pejabat amik buku koko, cikgu cikgu semua perli kitaorang yang nak pindah cakap tak sayang setalah apa lah. hmm. bukan tak sayang cikgu, kitaorang sayanglah! sayang sangat sangat! Tapu nak buat macam manakan cikgu, tawaran kitaorang dah diterima, nak tolak sayang cikgu. Kitaorang dah beriya mohon kann. hmm. Cikgu janganlah fikir lain eh. Masa cikgu cakap "Siapa pindah? Haa ok bagus! senang sikit saya nak mengajar" cikgu ingat saya tak terasa ke? nampak sangat kitaorang yang nak pindah ni membebankan cikgu sangat sangat. hmm tak pe la. Nak buat macam mana kann. Terpaksa redha. 

K masa last day sekolah. Ya Allah memang sedih gila tahap gabanlahh! Semua kalau boleh nak nangis, marah, maki ann. Semua cakap "nana jahat! kenapa pindah" ayoo. seriously! memang tak boleh nak jawab soalan tu. Yang nangisnya 1 hal, yang marahnya 1 hal. haihh. malang malang~ haritu memang busy gila! amik gambarlah, uruskan buku text la, sijil berhenti sekolah la, pujuk orang yang menangis la.Sampai kawan sendiri pun tak sempat nak amik gambar dengan peluk diaorang. Ada yang tak jadi peluk sebab dia cakap ramai gila yang datang kat kitaorang yang nak pindah. haihh apalahh. Patutnya datang je la.. Geram ni! hahaha. tak pe la. Isnin jumpa diaorang jap. hehe. Yeayyy!

Cikgu Rizal bagi sapu tangan dia. Dia cakap "nah! kalau rindu saya tengok la tuala ni" aww! hahaha. kita yang dapat tau! kitaa! hahaha. Mandy kasi ape ntah.Tapi bau dia sedap gilaa!Thanks Mandy! Thanks Cikgu Rizal :D At the same time masa balik haritu kat bawah jumpa yan. Sumpah awkward gila! hahaha. Sampai bawah je Amal cakap "nana! sini! sini! ada yan" then carilah mana dia, sebab exited gila ntah kenapa tetiba exited semacam. hahaha. Then amal panggil yan, amal suruh teka. Yan buat muka pelik. siot! macam nana ni alien je. sedih ah gini! hahaha. Bila bagitau nana je, dia terus senyum. Sepak kang! Fine tak kenal. Fine! hahaha. 

k la. ngantok banget ni! mau tido. pagi nanti nak gi kota. nak beli baru for asrama :(( huh! sedih sia masuk asrama! k. byebye! Asslamualaikum :)

Lots of love,
Nana  :*


I want .......
Assalamualaikum, hai semua. harinikan nana rasa stress sangat! banyak betul masalah datang. Espesially pasal sekolah la kan. hmm. Nana nak pindah sekolah! nak sangat pindah sekolah. Banyak masalah kat sekolah tu. Nana tak sanggup nak hadapi semua masalah tu. hmm

Tadi masa kat popular, cakap dengan ummi nak pindah sekolah. Then ummi said "nak pindah sekolah? kenapa? tengoklah macam mana." ok ummi. kakak tunggu apa jawapan ummi. Kakak dah tak sanggup nak sekolah seta tu lagi mi..... Kalau boleh kakak nak sekolah dengan aquila mi. Jauh sikit. Lagi best, hilang semua tention kat sini. eh? Ye ke? hahahahha. K forget about it.

Another things I want is..... hmm. benda tu nana takkan dapat tapi nana nak sangat. I want my daddy! :( K actually nana ni anak yatim. Bukan nak minta simpati or what tapi sejujurnya nana nak sangat rasa hidup dengan seorang ayah kandung. Mesti best kan? Daddy dah tinggalkan kitaorang 3 beradik dah 14 tahun . Tarikh daddy meninggal 4.3.1998. see? still ingat tau! Time tu nana 2 tahun. Masa tu nana memang tak tau apa apa lagi. Masih baby lagi. Then bila dah Besar baru rasa lain.

Nana nak sangat rasa macam mana ada seorang ayah, dapat kasih sayang daripada seorang ayah, nak sangat rasa pelukan daripada seorang ayah, ciuman daripada seorang ayah NAK SANGAT!! Nana jealous sangat tengok kawan nana peluk ayah diaorang, salam ayah diaorang every morning before going to school, amik gambar dengan ayah diaorang. manja manja dengan ayah diaorang. Nana nak jugak rasa macam tu. Ingat lagi masa amik result upsr, farah lari kat ayah dia then terus peluk ayah dia. At that time! I was like ......... tak tau macam mana nak cerita tapi sedih sangat sangat sangat. Sampai call ummi tak tahan, sebak gila bukan pasal result tapi pasa tengok dia dengan ayah dia. hmmm

Daddy, kenapa daddy pergi cepat sangat? Kakak nak sangat jumpa daddy, hug, kiss daddy. Kenapa daddy! kenapaaa!! Kakak nak jugak manja manja dengan daddy macam mana deeja dengan echa manja dengan ayah diaorang! nak Daddy! Nak DADDY!!!

Chill nana, minta macam mana pun takkan dapat punya kann. Seriously! ayah kandung dengan orang lain tak sama. Hmm. Tapi tak pe la. Allah lebih sayangkan arwah Daddy kan :')

Actually, ada sorang uncle nana ni, nana dah anggap dia macam ayah nana. Nana panggil dia pok teh. Best gilalah kalau berbual dengan pok teh. Nana selalu jugak texting dengan pok teh.. Pok teh selalu tanya khabar nana, and semualah. Ingat lagi masa pok teh gi langkawi, mana dia pergi mesti dia msg, makan dekat mana, semua mesti msg nana. Alhamdulillah, ada jugak orang yang carring pasal nana xp. 

Oklah. Mata pun dah bengkak ni. Nana stop dulu k :) Dalam kesempatan ini, nana nak minta jasa baik korang semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Daddy nana. Terima kasih :D       Asslamualaikum.

Al-Fatihah~

school -,-
Assalamualaikum hai hai! sebelum terlambat HAPPY NEW YEAR guysss! biasanya kalau tahun baru mesti semua orang tanya pasal 'azam' right? so, apa azam korang tahun 2013 nihh? actually nana pun tak tau apa azam nana tahun ni. hahaha. kalau belajar bersungguh-sungguh tu sudah pastilah kan.. so.. apa eak.. hmmmmm. ha! nak jadi anak solehah, anak yang berguna, tak nak maki maki, kutuk kutuk orang lagi, tak nak tipu tipu orang lagi tak nakk tinggal solat, tak nak ada gagal dalam exam, tak nak tido lambat lagi, tak nak makan sampai gemok, nak makin comel. hihi and many more lah!! 

This year sekolah start awal gila kan? bosan gila. 1 bulan lebih je cuti. nak 2 bulan! baru best. korang start sekolah 2 Januari kan? Untunglahh! nana? hmm 31 December dah sekolah. kena bertugas. WTH! tak ramai tau tak yg datang. menyesal je datang. dah la boring.  bangang! nasib mai ada lepas tu datang ada 1 parent ni macam ____ sial je. datang datang nak badi badi orang. then nak marah marah sebab tak bagitau dia yang kena beli file. dah sah sah ada pengawas kat depan tu yang pegi masuk lalu pintu lain pehal? salah sendirilah. haishh. mula mula saya rasa hormat kat pak cik but after what you have done, hilang rasa hormat saya pada pak cik. saya mintak maaf pak cik. haihh~ sakit pulak hati cakap pasal ni. ok stop! 

On the next day kiteorang ada orentasi. form 1 dengan form 4 je yang terlibat. masa tu cikgu ada bagitau kelas and aliran apa yang kiteorang akan amik. boleh la haritu. tak de la bosan sangat. nana, hazmirah, nuin and azizah masuk 4C. yeayyy! ada geng! yang lain kelas D, E, F. Don't worry guys! kelas mana pun korang asal ada niat nak belajar ok kan? lagipun kelas mana pun this year semua dah tak pandang da. orang semua akan tanya aliran je. so, chill k. 

On the 3rd day of school. huh! nak kata kekok tu tak de la sangat. tapi seriously macam tak percaya yang dah form 4. maklumlah pendek la katakann. hehe. but I told you guys! semua budak form 4 tahun ni lain gila! semua kecik je, comel je. like me right? XD like I say just now, nana dapat kelas 4C kan? k nana dapat aliran account!!!! yeayyy! tapi ada tambahan add math and ekonomi asas. hmm, nvm la. tak kesah la. yang penting aliran yang nana nak dapat! hahaha. This year nana punya number cantik gilaa! I got 4A and 4B on my PMR and now my class is 4C. see! comel je kan. 4A 4B 4C. hahahhaha. macam adik beradik jugak. my  youngest sister now standard 1, deeja standard 2, nina form 3, nana form 4, abang form 5. amek hang! hahahaha. cantik je number. k dah lari daripada topik ni. haha. back to the topic, on the 1st day of school. I got sooooo many homework. especially add math. baru belajar homework belambak! nasib baiklah faham kalau tak memang pengsan la kan..

So, selama 3 hari sekolah ni kira banyak bendalah yang kena belajar balik. like BM, BI, SEJ and many more. sekarang ni kertas 1, 2 semua karangan. whatt!? mati weh! lagi lagi english. macam mana nihh. haihhhh. susahnyaa! kalau subject baru tu maybe la sebab kita baru nak belajar kan. so, mula mula mestilah kata susah. lama lama in shaa Allah lama lama oklah tu. tapi.... hmm tulahh. account susah nak faham. nak kena study semua balik dekat rumah. ekonomi also. baca sekali dua memang confirm tak faham. tapi bila semalam ada study sikit sikit. Alhamdulillah, dah faham la sikit..

Ingat tak nana ada cerita pasal permohonan masuk teknik perd tu? *ada ke?* what everlah! nana rasa nana macam nak tarik balik la. tak nak masuk voka. nak pindah but bukan sekolah voka, tapi sekolah biasa. nana nak cakap dengan ummi nak kalau boleh nak sekolah tasek. bukan apa.. saja nak tuka angin. lagipun nana dah penatlah jadi pengawas. nana tak nak jadi pengawas, nak tarik diri tapi cikgu tak kasi. haihh. sedihnya. tulah sebab nana nak pindah. seriously! nana bukan nak ikot sape sape, tapi nana nak lari daripada jadi pengawas je. tapi klau nana pindah pun rasa sayang nak tinggalkan sekolah seta tu. hmm. banyak kenangan kat sekolah tu. tapi yang pindah tasek tu ntah la... tak cakap lagi dengan ummi. takut tak lepas je. Dear pengawas teacher, pleace gimme a chance to wear the baju kurung and white tudung like another students. please teacher! pleaseeee :'(

Cakap kat sini pun bukannya ada guna. cikgu tak baca pun kan.. hmm. now kepala ni asik terfikir pasal sekolah je. haishh, pening la. macam mana nak buat keputusan ni! nak ke pergi sekolah teknik perd tu, ke nak sekolah tasek? ke nak stay seta je? haiyaa! Ya Allah, tolonglah hamba mu ini untuk membuat keputusan. seriously! teramatlah buntu sekarang ni.. rasa macam nak amik PMR balik je. tak stress macam ni. hahaha. oklah guys! I have no ideas now. so, thanks for read. and babai! Assalamualaikum :')

Bowling with Them ♥


Assalamualaikum, heyyo semua! malam ni itew bowink la~ so nak update blog jap. hehee. Geli sia guna bahasa mat WEMPITZZZ ni. brr :3.. k lupakan pasal bahasa mat rempitz tu. now kite nak cerita pasal tadi.. korang nak tau ape yang terjadi tadi? huh! tadikann....... tadikannn.... tadikannn... eish seram la nak cerita. k gedik jap! haha. tadi kiteorang main bowling. awwwhhh! best beb! even tak ramai macam last year tapi syok gilaa! tapikan kalau lagi ramai lagi best kan. hmm. yang ada tadi aiman rohaizat, zaim, luqman, mursyid! OMG! seriously! dekat 3 tahun kot kiteorang tak jumpa, and ofcourse my love! affif. hikhok.*gedik* tadi pergi tumpang haz. kakak dia perh! bawak tak boleh ikot jalan jauh lagi eh? pusing pusing sia! hahahaha. sampai je gi metrojaya jap dengan haz nak tengok rantai. u know what!? ada rantai mustache baru! jealousnyaaa :( menyesal beli awal awal. then wawa suruh belikan dia. hitam merah pulak tu. lagilah jealous siaaa! nanak kawan :( lepas tengok tengok rantai. naik atas jumpa amalia. then book lane semua turun balik sebab nak jalan jalan. diaorang semua lambat. tak tepati janji! huh! hahaha. then dalam pukul 1.30 macam tu kiteorang main bowling sampailah pukul 2 lebih. then, kiteorang gi karaoke! yeay! best la jugak. dapat nyanyi last minute sebab lagu dia macam ape je. merepek semua. tapi boleh tahan la. best tadi.! lepas karaoke je kann. kiteorang ikot boys semua memanah. before that! kite dapat amik gambar dengan apip! yeayyy! hapyyyynyaa!! hahahaha. bengong~ masa diaorang tengah main kite yang perempuan ni biasalah amik gambar je la kann. hahahaha. terok kan? orang semua tengok tapi kiteorang kesah apa! lantak la. hikhik.. after a few minutes amik gambar, kiteorang pun turunlah gi makan kat kopitiam kat bawah sekali tu. setengah jam kot kiteorang lepak kat kadai tu. then baru balik. hahaha. masa nak balik tu jangan cakap la kan. banyak gila kiteorang snap gambar. hahahaha. ok la ngantok gila ni. byebye! by the way! Thanks for today guys! I'm so so soooo Happy  :')

Hey! I'm Back :)
Assalamualaikum, hai semua! seriously! dah lama tak update blog. rindunyaaa! rasanya last update before trial ke before PMR. see? terus tak ingat sia! hahaha. dah bebulan kott. korang cuti ni gi mana je? best tak cuti? seriouly nana cakap cuti this year cuti paling tak best. mana tak nyaa duduk rumah memanjang. tapi masa awal cuti sekolah adalah jalan gi rumah mak wa sambil tu celebrate mak wa balik daripada haji :) masa kat rumah mak wa seriously! sampai je memang non-stop ketawa dengan qila. maklumlah rindu yang teramat sangatlah katakan. hahaha.. on the next day, kite ikot diaorang jemput parent diaorang dekat KLIA. malam tu pulak dalam pukul 10 ke 11 kite, abang, ashiq, abang anul, qila, and azhar gi KFC. hehe. saja nak ajak keluar malam malam.nak makan angin. hehe. the next day, hari yang amat menyedihkan. hmm hari untuk kiteorang balik muar. hmm. tapi sebelum balik tu best sangat! pok long sanggup tak kasi kiteorang betolak balik dulu semata mata nak jumpa nana. awhhh :O terharunyaa! hahaha. masa otw balik tu nangis dalam kereta sebab rindu aquila dengan pok long. hmm. then baru baru ni balik pahang jap sebab ada wedding. so so so boring! tapi tak la boring sangat sebab ada keja sikit kat sana. hehe. sepanjang cuti ni kan masa makan, mandi, tido semua tak tetap tau. makan pukul 1 atau 2. mandi. pukul 2 or 3 then tido pukul 3 or 4. cantikkan number tu? hahahaha. bangun nak tau pukul berapa? pukul 10 tak pun 11. kira ok la tu kann. hahaha. ummi always said "nana awak tu anak dara, bangun lambat je keja" jyeahh! kekadang bosan dengar. hahaha. tapi this year kira ok daripada last year. last year lagi teruk setiap kali pukul 10 confirm ummi call tanya dah bangun ke belum. and boleh dikatakan everyday terkantoi dengan ummi sebab bangun lambat. hahahaha. oh ya! korang dah beli barang sekolah such as baju sekolah, buku, stationary, shoes, bag and so on? this year kite just beli kasut, stokin dengan pancil case je. hmm.. sedih sangat. ummi ckp yang lain guna last year punya. ok fine ummi! tapi nanti pertengahan bulan confirm kakak mintak barang baru. jangan marah. hehehe. ha! this year punya cutikann. kite banyak keluar tau. eh! banyak ke? tak la banyak sangat. tapi asik kelua la. hehe. nasib baik ummi tak marah. cuma ummi bising setiap kali kelua mesti nak duit. but at the end, ummi tak pernah bagi pun duit pun. hahahaha. sedih aww. pakai duit sendiri je. hmmm :( ok lah! that's all for tonight. byebye! Asslamualaikum :*


Older Post